|
Berkenaan Kami
DesaKu
lahir dari hasil cetusan idea dan wawasan oleh sekumpulan
profesional anak jati Sabak Bernam Selangor yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.
Diketuai oleh Tuan Haji Ishak Basiran
pemegang ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuteraan Mekanikal dari UTM/UiTM, En.
Mohd Huzazi Sayan, lulusan Diploma Teknologi Makanan dari
UiTM, Puan Habibah Ahmad lulusan STPM, En. Mohd Hakim Subari,
lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Binaan (HBP) dari USM,
Puan Huzaimah Ghazali lulusan Diploma Mikrobiologi dari UiTM dan
En. Amir Hamzah Ahmad lulusan Diploma Sains Komputer UiTM, Suhaila
Bt Abdul Hadi, lulusan Ijazah Sarjana Muda sains (Kepujian)
Pengurusan Pelancongan UiTM, Siti
Fatin Bt Muhamad Jail lulusan STPM dan Normala Bt Abdul Hadi.
Sehingga kini sebahagian besar
dari mereka masih gigih bersama
DesaKu,
satu tanda keyakinan dan sikap optimis mereka terhadap masa depan
DesaKu.
Sementara mereka yang meninggalkan DesaKu cuma lantaran melanjutkan
pelajaran seperti Suhaila bt Abd Hadi dan Normala bt Abd Hadi,
sementara Mohd Hakim Subari meneroka bidang perniagaan baru.
Kini
DesaKu
mendapat kekuatan dan tenaga kepakaran baru dengan sokongan Muhammad
Misbah Soim dari Kangen Software, yang menyediakan kepakaran
perkhidmatan sms. Sementara Mohd Hakim yang kini merupakan
pengarah kepada syarikat MH Intrena Technology masih
berganding bahu dan membantu membekalkan sebahagian besar sistem
yang tuan-tuan sedang nikmati ini.
Hasil
dari pemikiran kumpulan ini jugalah, lahir "Projek Satu Keluarga,
Satu Produk" yang berorentasikan perniagaan. Melalui projek
ini,
DesaKu
telah memilih sekumpulan penduduk kampung sebagai pembekal,
sementara
DesaKu pula berperanan sebagai organisasi pemasaran produk
tersebut. Projek ini juga memberi peluang kepada penduduk kampung
untuk mendapatkan teknologi dan kemahiran secara langsung dari
golongan profesional. Bagi memasarkan produk ini,
DesaKu telah memperkenalkan Sistem Matahari (sistem
penghantaran kepintu rumah atau pejabat pelanggan) dan Sistem 5 Bintang (penghantaran secara pos) .Golongan sasar bagi
projek ini ialah orang tua, ibu tunggal dan keluarga yang berpendapatan
rendah
Projek
ini adalah lambang kesungguhan kumpulan profesional untuk menjadi
agen perubah di kampung kelahiran mereka. Mereka sanggup
mengorbankan kerjaya, jawatan besar dan gaji tinggi di bandar lalu
kembali ke kampung kelahiran semata-mata untuk merealisasikan idea
ini.
|