Berkenaan Kami
DesaKu
lahir dari hasil cetusan idea dan wawasan oleh
sekumpulan profesional anak jati Sabak Bernam Selangor
yang berkemahiran dalam pelbagai bidang. Diketuai oleh
Tuan Haji Ishak Basiran pemegang ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Kejuteraan Mekanikal dari UTM/UiTM, En. Mohd Huzazi
Sayan, lulusan Diploma Teknologi Makanan dari UiTM,
Puan Habibah Ahmad lulusan STPM, En. Mohd Hakim Subari,
lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Binaan
(HBP) dari USM, Puan Huzaimah Ghazali lulusan
Diploma Mikrobiologi dari UiTM dan En. Amir Hamzah Ahmad
lulusan Diploma Sains Komputer UiTM, Suhaila Bt Abdul
Hadi, lulusan Ijazah Sarjana Muda sains (Kepujian)
Pengurusan Pelancongan UiTM, Siti Fatin Bt Muhamad Jail
lulusan STPM dan Normala Bt Abdul Hadi.
Sehingga kini
sebahagian besar dari mereka masih gigih bersama
DesaKu,
satu tanda keyakinan dan sikap optimis mereka terhadap
masa depan
DesaKu.
Sementara mereka yang meninggalkan DesaKu cuma lantaran
melanjutkan pelajaran seperti Suhaila bt Abd Hadi dan
Normala bt Abd Hadi, sementara Mohd Hakim Subari
meneroka bidang perniagaan baru.
Kini
DesaKu
mendapat kekuatan dan tenaga kepakaran baru dengan
sokongan Muhammad Misbah Soim dari Kangen Software, yang
menyediakan kepakaran perkhidmatan sms. Sementara Mohd
Hakim yang kini merupakan pengarah kepada syarikat MH
Intrena Technology masih berganding bahu dan membantu
membekalkan sebahagian besar sistem yang tuan-tuan
sedang nikmati ini.
Hasil dari pemikiran kumpulan ini jugalah, lahir
"Projek
Satu Keluarga, Satu Produk" yang berorentasikan
perniagaan. Melalui projek ini,
DesaKu
telah memilih sekumpulan penduduk kampung sebagai
pembekal, sementara
DesaKu
pula berperanan sebagai organisasi pemasaran produk
tersebut. Projek ini juga memberi peluang kepada
penduduk kampung untuk mendapatkan teknologi dan
kemahiran secara langsung dari golongan profesional.
Bagi memasarkan produk ini,
DesaKu
telah memperkenalkan Sistem Matahari (sistem
penghantaran kepintu rumah atau pejabat pelanggan) dan
Sistem 5 Bintang (penghantaran secara pos) .Golongan
sasar bagi projek ini ialah orang tua, ibu tunggal dan
keluarga yang berpendapatan rendah
Projek ini adalah lambang kesungguhan kumpulan
profesional untuk menjadi agen perubah di kampung
kelahiran mereka. Mereka sanggup mengorbankan kerjaya,
jawatan besar dan gaji tinggi di bandar lalu kembali ke
kampung kelahiran semata-mata untuk merealisasikan idea
ini.